A Little Ordinary Girl
Tuan Tanah



Diaries Owner Produk Nurraysa Stuff

Assalamualaikum ! Happy BW . Do follow me for Nurraysa updates.


Leg Note!



Jom Terjah!

My Dears!

Flashback!

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Future Chef
Others:   



Bismillahirrahmanirrahim . Wassup bro ? Alamak , macam kasar sangat pulak kan ? Oke, kasi sopan sikit . Wassup kawan ? Ada sihat ? Alhamdulillah . So, malam ni tetiba jaa dapat idea nak tulis entry baru. Dis time fifa nak cakap pasal FITRAH . Cam tertarik jaa kan . Meh spendkan masa baca bersengkang mata jap .Setiap manusia ada fitrah. Tak kira sama ada daripada segi perangai, perasaan and so on ,semua tu memang semula jadi Allah ciptakan dalam diri kita.

Setiap perkara yang Allah cipta kat dunia ni SUPERBLY CANTIKK . Tak caya ? Paling simple , semua orang mesti suka tengok pelangi kan ? Siapa yang ciptakan pelangi ? Allah , right?  Camtu jugak laut , air terjun , pokok-II and semua kejadian alam yang lain . Takda satu pun yang Allah ciptakan kat dunia ni yang bagi keburukan kat kita. Tapi, tangan-II manusia ni yang tukarkan ciptaan Allah jadik hancur lebur camtu je . Allahurabbi .




Macam fifa cakap tadi, fitrah tu bercabang . Banyak. But , malam ni fifa nak cakap fitrah tentang perasaan . Alamakk . Gaya macam ada sumthing sajaa ni SITI NORAFIFA BT MD SUIB. :D . Takdalahh . Macam fifa cakap . Fitrah manusia . So, normallah fifa ada 'benda' camni. Kekadang once time kita tak pernah terfikir nak suka orang tu but tak sengaja kita suka dia. Based on my experience. Cehh gaya macam dah 30 tahun kat dunia ni. Bila tiba camtu , sekeras-kerasnya hati ni cuba nafikan. 


"Aku tak suka dia. Mainan perasaan je ni . Mungkin kau perasan dia suka kau sebab tu kau suka dia. Dah la tu . Abaikan rasa ni. Memang la fitrah tapi masalahnya kau tak layak nak suka dia"


That's my kata hati. Lebih kurang camtu la maksud dia . Hee. Seboleh-bolehnya tak nak yakan yang sebenarnya sebab kita pun tak tahu sama ada tu betul-II apa yang kita rasa ataupun mainan syaitan yang saja nak mainkan hati kita. Sampaikan mata pun nak meleleh je pikir pasal ni sebab tak nak rasa ni duduk kat hati. Kalau boleh pi men jauh-II. Jangan dekat-II .


"Saya tak mau awakkkk!!!" , hati menjerit .


Hiperbola sangat makk. Itu yang fifa rasa. Bukan nak cakap diri ni bajet alim, TAK . Tak bermaksud pun camtu. Cuma takut kalau rasa suka ni ter'OVER' pada satu masa, macam-II boleh jadi . Boleh jadi terkantoi , malu and macam-II lagi la. Jadi, because of that la sampai meleleh air mata dek takut sangat. Bukan sebab menangis kerana lelaki tanpa sebab musabab. Tak sepatutnya kita murahkan air mata semata-mata kerana golongan yang bernama AJNABI . bukan ADABI wokeh ? XD .




Tak salah ada perasaan tu. Cuma macam mana kita handle bila kita berhadapan dengan situasi macam ni? Dengan cara macam mana. Pendamkan ? Bercouple ? Couple-Islamik? Haa , bertubi-II soalan ni. Maaf kalau ada yang tersinggung tapi fifa hanya sekadar menyampaikan apa yang patut disampaikan. Sahabat ke Syurga kan? Sahabat yang baik tidak akan membiarkan saudaranya jatuh ke dalam neraka dan akan sedaya-upaya menariknya ke Syurga bersama-II. Amin.

Couple bukan bermakna seseorang sudah mempunyai hubungan yang halal dengan seseorang yang lain . Tidak sama sekali sayang . Sebaliknya, ikatan yang dibina saat 'Aku Terima Nikahnya' dilafazkan adalah yang membawa ke akhirat bahkan ke syurga-Nya. InsyaAllah. Maaf sekali lagi sebab isu ni sensitif sikit kan ? Tapi, fifa hanya menyampaikan apa yang patut disampaikan. 

Semua orang ada masa lampau sama ada manis , pahit, masam, pahit and so on. Setiap manusia takkan terlepas daripada buat silap. Let it go. Fifa pun pernah ada cinta monyet. Biasalah kecik-II kan. Sekolah rendah. Tak tau papepun . *grinning widely* . Nak kata couple pun tak macam couple sangat la. Masing-II bisu je bila face to face. Membatu . *krik krik* . Bila ingat balik, alhamdulillah aku jaga batas walaupun time tu cuma fikir malu nak cakap dengan dia. Tak tau papepun pasal ikhtilat atau papepun pasal jaga batas pergaulan antara lelaki . Tapi , dulu fifa memang jenis yang tak rapat sangat dengan budak laki kelas lain. Alhamdulillah. 


"Kitorang couple-islamik . Kitorang tak dating. Cuma balas-II mesej and ingat-mengingati each other." *ni contoh daripada cerpen*  


Tapi, niat tak menghalalkan cara. Tiada istilah couple-islamik dalam islam. Even couple itu sendiri membawa maksud satu hubungan antara lelaki dan perempuan yang terjalin tanpa sebarang ikatan halal. I'm not the purest girl in this world but i'm trying to be the best muslimah in this world. Teringat Ustazah Fatimah Syarha pernah kata dalam forum Cinta High Class, 

"Jadi kalau kamu bercouple, berkawan-II 20 tahun sekalipun kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal adalah LAKONANnya "

See ? Bukan saya nak mengutuk dan merendah-rendahkan kaum Adam. Tapi , ini adalah realitinya. Lelaki hanya akan serius bila ingin mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Sebab ? Sebab dia akan mencari seorang isteri yang terbaik untuk menjadi peneman dia hingga ke Syurga. Dia nakkan seorang isteri yang menjaga keperibadiannya daripada semua sudut. Yang cantik akhlaknya, wajahnya, agamanya dan lain-II. MasyaAllah . Perkahwinan yang sentiasa di bawah rahmat Allah 'Azza Wajalla. 

Sesungguhnya Hawa telah diciptakan sebagai anugerah yang terindah untuk Adam. Sememangnya Allah dah  tetapkan semua tentang kita secara detail tanpa ada satu pun yang miss termasuklah JODOH kita. Bila sampai masanya, JODOH tu akan datang pada kita bila mana kita dah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar bukan kat dunia je tapi hingga akhirat . InsyaAllah. Amin. So, kawan ingatlah hidup kita masih panjang. Banyak benda kena capai ni . 
Capai cinta Allah insyaAllah capai cinta dia. Wassalam . 

 *entry ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati*


#DoakanSayaDuniaAkhirat




0 Comments:

Post a Comment