A Little Ordinary Girl
Tuan Tanah



Diaries Owner Produk Nurraysa Stuff

Assalamualaikum ! Happy BW . Do follow me for Nurraysa updates.


Leg Note!



Jom Terjah!

My Dears!

Flashback!

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Future Chef
Others:   






Assalamualaikum. Alhamdulillah jumpa lagi yerk kita . Dah lama rasanya fifa tak update blog ni . Maklumlah , PT3 candidate la katakan sampai rasa macam takdak idea nak tulis apa . Papepun, doakan yang terbaik untuk fifa okeh ? Doakan semoga dapat natijah yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Amin . So, arini tetiba ja , login blog terus dapat idea nak tulis entry pasal SAKITNYA DUNIA ! First, fifa nak tanya . Sapa kat sini tak pernah langsung diuji ? Hidup sentiasa happy-go-lucky jaa ? Takda masalah langsung ? Tipu kalau ada yang kata tak pernah diuji. Ujian kat dunia ni ada dua . KESENANGAN dan MUSIBAH.






Segalanya bermula dengan HATI. Hati yang bersih akan mendorong seluruh anggota badan untuk melakukan benda-II baik. Tapi, kalau hati yang tercemar akan mempengaruhi semua ibadah kita, perkara-II yang kita buat setiap hari akan menjurus ke arah kerosakan. Kita semua tahu yang dunia cuma  sebuah PERSINGGAHAN untuk sebuah perjalanan yang panjang. Kat dunia nilah merupakan dewan exam kita untuk menentukan sama ada kita dapat straight A's ataupun tak untuk menjamin masa depan akhirat. Tapi ramai yang anggap bahawa DUNIA ini adalah tempat untuk berhibur semata-mata. Fifa sendiri pun bukannya seorang yang sempurna. Masih ada banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Memang susah untuk melakukan kebaikan sebab kita akan lebih dekat dengan Allah. Jadi , Allah nak uji sejauh mana kita boleh bersabar dalam menjaga hubungan dengan-Nya. Cuba kalau buat jahat , senang-II je kan berjaya . Kadang-II fifa terfikir , takutnya nak hadapi masa depan . Even sekarang pun aku tak mampu nak kuatkan hati , mcam mana bila dah masuk u , kerja ,  kahwin , bla bla bla. Manusia tak akan terlepas daripada kesilapan . Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Sebesar mana pun dosa yang kita dah buat , Allah tetap ada. Dia tak pernah lupa hamba-Nya. Tapi , segelintir daripada kita lupakan Dia bila mendapat kesenangan yang kita tak sedar bahawa Dialah yang kurniakan nikmat tu. Jahilnya kita. Jahilnya fifa. Dalam Al-quran Allah ada kata:




(Al-baqarah : ayat 186)


Maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)  Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


Ingatlah sahabat , andainya tiba satu ketika, saat tiada siapa yang ingin mendengar keluhanmu , tiada siapa yang bantu kamu untuk bangkit , Allah itu ada. Walau sesakit manapun ujian dan cabaran yang kita hadapi kat dunia ni, ingatlah hikmah dan balasan nikmat yang kita peroleh nanti. Kita semua manusia yang lemah . Carilah Dia. Bangkit. Paling penting sekali fifa nak cakap , jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Sesungguhnya Allah datangkan sesuatu ujian kerana rindu untuk mendengar rintihan kita setiap malam memohon kepada-Nya. Begitu kasihnya Allah dengan kita. Last but not least, jangan takut untuk berdiri. Jangan takut dengan bayang-II. Hanya takut pada Allah Yang Esa. :D . Walaupun entry kali ni agak pendek , fifa harap sedikit sebanyak dapat menyampaikan mesej yang sememangnya dah jadi tanggungjawab setiap umat Islam. Semoga bersatu di Syurga. Aminn .







nota : Maaf andai ada kata-II yang mengguris perasaan . Jadikan iktibar setiap musibah yang terjadi.
Sama-II perbaiki diri. Bangunkan Islam . :)







0 Comments:

Post a Comment